utama | hubungi kami | sitemap     

 

 

"awal-awal agama ialah mengenal Allah"

Al-Hannah merupakan satu tempat bagi mendidik dan mengasuh kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam bersesuaian era teknologi masa kini.

Di samping memberi penumpuan kepada pendidikan akademik, pendidikan agama, moral dan akhlak juga mesti diberi penekanan. Oleh itu Al-Hannah ditubuhkan untuk melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang akademik dan mendidik agar jiwa, fikiran dan fizikal mereka mengikut apa yang dikehendaki Allah.

"Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani"

Objektif

  • Mengasuh dan memberikan didkan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan syariat.
  • Melatih kanak-kanak mendapat persediaan awal bagi mempelajari asas pelajaran, membaca, menulis dan mengira
  • Menggalakkan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling
  • Membina keyakinan diri dan meningkatkan kreativiti di kalangan kanak-kanak
  • Melahirkan kanak-kanak berfikiran terbuka yang tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja bagi menangkis apa jua bentuk disekeliling serta menjadikan kanak-kanak yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Al-Hannah diasaskan oleh Ustazah Hjh. Fadzilatularmy Jamaluddin yang dikenali oleh kakitangan serta anak-anak Taska dan Tadika sebagai "Ummi" ditubuhkan pada 1 Januari 1998. Dengan hanya beberapa orang guru, Al-Hannah telah memulakan operasi pertamanya di Taman Rakan, Cheras. Pada ketika itu, para pelajar adalah seramai 63 orang sahaja. Kini Al-Hannah telah mengembangkan operasinya di Bandar Mahkota Cheras, Kajang Perdana dan Taman Seri Jelok Kajang.

Latarbelakang Pengasas

Berasal dari Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama di :

  • SM Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang

  • Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

  • Nahdhah Bukit Besar, Alor Star, Kedah

  • Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir

Telah mengembara bebrapa buah negara untuk menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman. Sila letakkan tetikus di atas gambar untuk lihat penerangan gambar. Klik atas gambar untuk membesarkannya.


 

 

 
konsep dan rekaan : Abytech Sdn. Bhd.